BAHASA ARAB
Tingkatan Dua
SYAHIRUNNISAA SHARIF

TAJUK 13 : MALU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN
الحياء من الإيمان
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir pelajaran, pelajar-pelajar dapat:
-
Mendengar frasa, ayat pendek dan ayat panjang.
-
Menggunakan frasa, ayat dan ayat yang panjang dalam situasi yang sesuai.
-
Membaca frasa, ayat pendek, ayat panjang, perenggan dan peribahasa.
-
Membaca nombor dengan mengambil kira loghat dan intonasi.
-
Menyalin frasa, ayat pendek, ayat panjang, perenggan dan peribahasa.
-
Menyalin frasa sebagai templat (Kata Nama + Kata Kerja + Kata Nama (Kata Sendi) + Kata Nama).
-
Menulis huruf, perkataan dan frasa mengikut kaedah tulisan Ruqa’a yang betul.
PENGENALAN
Islam menyuruh umatnya bersifat pemalu kerana malu itu sebahagian daripada iman. Iman adalah terdiri daripada amalan hati, anggota badan dan lidah. Daripada keimanan akan terpancar sifat-sifat baik dalam diri.
Cabang iman paling utama adalah ucapan ‘La Ilaha Illallah’ (Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah) manakala sifat malu pula merupakan sebahagian daripada darjat-darjat iman.
Sifat malu adalah akhlak mulia dan terpuji yang menghalang kita melakukan maksiat dan mendorong melakukan ketaatan dan ibadah. Malu yang dianjurkan oleh Islam ialah malu daripada melakukan perbuatan keji dan maksiat.
Sifat malu yang digalakkan oleh Islam akan dikupaskan di dalam laman ini bagi memberikan gambaran yang jelas mengenai sifat malu agar kita sama-sama mengamalkan sifat malu di dalam kehidupan kita.
